Hari Pertama Aku Bergelar Pendidik
Bismillah..hari pertama sebagai pendidik... 1 Julai 2024, ialah tarikh di mana ianya hari pertama aku bergelar pendidik. Setelah dengan penuh sabar menunggu khabar berita daripada KPM tentang status kami lebih-kurang 200 orang yang tertangguh penempatan untuk mengajar ke sekolah-sekolah di bawah KPM, akhirnya kami lulus untuk berkhidmat sebagai pendidik. Alhamdulillah.. Ketika menghadiri taklimat dari JPN, kami para guru baharu mengangkat ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'' gugur air mata ini membasahi pipi. Menginsafi diri ini yang cukup kerdil dengan ilmu, teringat doa Nabi S.A.W yang dicatat oleh Pak Hamka di dalam Tasawuf Moden ; اللّهم إنّي أعوذ بك من قلبٍ لا يخشع، ومن دعاءٍ لا يسمع، ومن نفسٍ لا تشبع،ومن علمٍ لا ينفع "Ya Tuhanku bahawasanya aku berlindung pada Engkau dari hati yang tiada khusyuk', dari doa yang tidak didengari, dari nafsu yang tidak mau kenyang-kenyangnya, dan dari ilmu yang tiada manfaat". Mohon doa semua...