Posts

Showing posts from December, 2021
     Bismillah, hari ini 12 Desember 2021, inilah kali pertama aku menulis blog. Tak tahu kenapa, ada semacam seruan dan gesaan memanggil agar aku perlu menulis. Untuk tujuan apa? aku tak pasti, Tapi  satu yang ayat masyhur menjelma ke biara akal fikiranku berbunyi; ''Menulislah, kerana menulis adalah kerja-kerja keabadian''.        Bila difikir-fikir kembali, sepanjang kehidupan ini kita sentiasa berdialog dengan diri kita sendiri. Kalau tidak salah untuk dikatakan, mungkin kita sendirilah sahabat yang paling baik untuk mendengar luahan isi hati sendiri. Monolog-monolog kita sejak dari kecil ini, disimpan kemas dalam memori akal fikiran. Namun, dek kesibukan urusan kerja harian dan rutin sehari-hari, membuat kita tidak terdetik untuk giat menulis mengenai diri sendiri. Namun memori itu masih sentiasa tersemat didalam sanubari. Untuk aku, niat untuk menulis telah lama hadir, kadang-kadang niat itu datang membuak-membuak. Namun keesokan hari n...