Bismillah, hari ini 12 Desember 2021, inilah kali pertama aku menulis blog. Tak tahu kenapa, ada semacam seruan dan gesaan memanggil agar aku perlu menulis. Untuk tujuan apa? aku tak pasti, Tapi  satu yang ayat masyhur menjelma ke biara akal fikiranku berbunyi; ''Menulislah, kerana menulis adalah kerja-kerja keabadian''. 

     Bila difikir-fikir kembali, sepanjang kehidupan ini kita sentiasa berdialog dengan diri kita sendiri. Kalau tidak salah untuk dikatakan, mungkin kita sendirilah sahabat yang paling baik untuk mendengar luahan isi hati sendiri. Monolog-monolog kita sejak dari kecil ini, disimpan kemas dalam memori akal fikiran. Namun, dek kesibukan urusan kerja harian dan rutin sehari-hari, membuat kita tidak terdetik untuk giat menulis mengenai diri sendiri. Namun memori itu masih sentiasa tersemat didalam sanubari. Untuk aku, niat untuk menulis telah lama hadir, kadang-kadang niat itu datang membuak-membuak. Namun keesokan hari nya niat itu hilang kembali. Justeru, aku mengambil masa yang lama untuk mula menulis. Fasa-fasa kehidupan aku, boleh la dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semacam orang lain, masing-masing punya fasa yang lebih kurang sama iaitu fasa di sekolah rendah, zaman di sekolah menengah dan juga era kehidupan di universiti. Tapi sayang, aku tidak menulis ppengalaman hidupku pada waktu-waktu itu. Justeru kali ini, perasaan membuak-membuak untuk meluahkan isi hati ini kembali lagi, dan kali aku untuk mebuat keputusan, 'aku perlu menulis'. Ah, tak kisahlah orang mahu baca atau tidak. Kalaulah tak ada orang nak membaca, paling aku sendiri membaca riwayat hidup aku sendiri, itupun sudah bermakna.

Bercakap mengenai dunia penulisan dan kepengarangan ini, aku merasakan aku tidaklah sehebat mana didalam menulis. Malu pula aku nak bagitahu, sewaktu SPM dulu, aku sekadar mendapat  gred 'B' sahaja di dalam subjek Bahasa Melayu. Sejujurnya aku agak minat kepada subjek Sejarah. Seingat aku, subjek sejarah lah yang aku 'sokmo' dapat skor " A" sejak tingkatan 1. Subjek-subjek lain jangan ditanya! Malu pula nak dikhabarkan haha. 

Aku agak teruja untuk menulis lagi , tapi terpaksalah ditangguhkan dahulu kerana waktu Maghrib sudah masuk. Elok la kita laksanakan kewajipan dulu ya. Di lain waktu, aku akan menulis lagi, Insha-Allah. 


Sungai Besi 

Isnin, 13 December, 2021.

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4