Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H
Malam ini berkesempatan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Angkatan Muda Keadilan.Bersua muka dengan sahabat seangkatan daripada Terengganu, saudara Fadhly, Haikal, Amira, Ihsan, Faizal dan Danial. Turut bertemu dengan komrad seangkatan yang lain seperti Ketua JPPA, Ustaz Ashraf Hadi dan Ketua AMK Pahang , saudara Saifullah.
Malam itu, merakam sejarah pra-transisi calon kepimpinan baru iaitu Kamil Munim. Beliau menyampaikan pidato permulaan dengan baik. Dengan konteks Ramadan, Quran, islah dan perjuangan, beliau menekankan bahawa gerakan Angkatan Muda Keadilan pada ketika ini bukan lagi sekadar satu sayap parti yang hanya berada di pinggir ranah demokrasi Malaysia, ketimbang menjadi sayap kepada sebuah parti dimana presidennya sedang menerajui kepimpinan negara.
Beliau mengumumkan akan bertanding sebagai bakal ketua Angkatan yang baru . Semoga dapat membawa perubahan yang lebih baik kepada wadah perjuangan ini.
Selain itu,Saudara Adam Adli menyampaikan pidato terakhir selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Saya petik ucapan dan pidato akhir beliau selaku Ketua Angkatan daripada laman "Facebook" ;
"Kelmarin yang istimewa dan mengharukan.
Terima kasih atas kebersamaan dan setiakawan yang ditonjolkan semua menerusi Iftar Perdana Semarak Angkatan Muda Keadilan.
Lebih 1000 pimpinan dan anggota Angkatan Muda Keadilan dari setiap pelusuk negara berkumpul atas nama ukhwah persahabatan dalam perjuangan.
Jarang-jarang kita dapat berhimpun sebegini rapat. Dalam keberkatan Ramadhan, saya mendoakan agar barisan kita ini akan sentiasa mekar dan kukuh di bawah lindungan-Nya.
Ini antara momen-momen akhir saya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sayap AMK. Kepada sahabat-sahabat yang bakal menyambung bakti buat AMK, peliharalah apa yang telah kita bina dengan bersusah-payah ini. Pimpin dan gerakkanlah AMK dengan jauh lebih baik dari apa yang telah diusahakan saya dan kepimpinan semasa.
Buat sahabat sejati, Saudara @kamilmunim yang telah secara rasmi mengumumkan kesediaan untuk bertanding sebagai Ketua AMK yang seterusnya; doa saya mengiringi perjuangan, dan seterusnya kemenangan serta kejayaan saudara, Insya-Allah.
Terima kasih @amkreformasi dan semua atas setiap yang telah kita tempuh bersama. Semoga kalian terus cemerlang memimpin angkatan ini dengan penuh istiqamah dan tawaduk.
Membujur lalu, melintang patah."
Pidato beliau diakhiri dengan komrad-komrad saling berpelukan dan bersalaman, tanda jalinan ukhuwwah sesama sahabat seperjuangan. Diiringi dengan dendangan lagu "Satu Perjuangan" dan "Teman Sejati", dua lagu Kumpulan Nasyid Brothers yang selalu menjadi simbolik semangat setiakawan dan sokongan reformis- reformis kepada aspirasi idealisma reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar Ibrahim.
Malam itu juga, saya mengumandangkan Azan Isyak dan menjadi Munabbih Solat Terawih. Solat Isyak diimamkan oleh Saudara Kamil Munim sendiri, manakala Solat Sunat Terawih berjamaah dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Arham Merican. Alhamdulillah, tiang agama tetap menjadi keutamaan oleh Angkatan Muda Keadilan.
Saya catatkan disini atas rasa amanah dan tanggungjawab merakam sejarah Angkatan Muda Keadilan era 2021-2025.
Aiman Ngah
Ahad 16 Ramadan 1445H bersamaan 16 Mac 2025 Lake Cabin, Putrajaya.
https://www.facebook.com/share/p/15zhDDQ36Y/
Comments
Post a Comment