Posts

Showing posts from November, 2023

Kembara di Ranah Minang, Padang, Sumatera Barat Part 6

Sepanjang pengembaraan saya di Padang, Sumatera Barat, Indonesia, saya dihidangkan dengan permandangan yang memukau. Sawah bendang terbentang luas, berkelok-kelok, bertingkat-tingkat, bersama dua gunung yang terpasak sebelah-menyebelah. Namanya Gunung Marapi dan Gunung Singgalang. Diseliputi awan-awan tebal yang berarak. Suhunya agak dingin, walaupun disirami pancuran cahaya matahari yang bersinar-sinar, melengkapkan kombinasi fatamorgana yang menakjubkan. Para petani sedang mencucuk-cucuk 'lidi padi?"  secara berseorangan, di bendang masing-masing. Masih dihasilkan secara tradisional. Tidak kelihatan jentara-jentolak. Semuanya diusahakan dengan mandiri, tulang empat-kerat. Agama dijunjung tinggi, adat warisan masih dijaga. Dikhabarkan, jika pasangan anak muda-mudi berniat untuk berkahwin, maka ninik mamaknya mulalah berpetatah-petitih.  Ketua rombongan kami, namanya Pak Angku (gelaran seperti encik ) Hanapi, berasal dari Negeri Sembilan, berketurunan Minang. Beliaulah mengepa...

Kenang-Kenangan di Ranah Minangkabau part 5, Berpagian di Danau Maninjau

27 Julai 2023  Jam 4.30 pagi, aku bangun mengejutkan Encik Adam untuk turut serta ke biara Danau Maninjau untuk melihat bintang El-Suraya di langit. Kami menginap di Beach Guest House, Danau Maninjau.  Di sana, elihatan Encik Azman da isterinya Puan ...... sudah bersama Dr. Kassim untuk melihat bintang. Dr. Kassim ialah seorang individu yang amat arif dan pakar dalam bidang Falak. Dr. Kassim menerangkan bintang ini dengan penuh semangat dan ilmiah. Banyak kami mengambil manfaat ilmu daripada beliau. Masuknya waktu Subuh, aku dan Encik Adam kembali semula ke bilik. Beliau menjadi imam, saya sebagai makmum. Beliau membaca Surah wadduha.Seusai solat Subuh , saya kembali ke perkarangan tasik. Melihat alam mulai bernafas. ' wassubhi iza tanaffas'.  Sang suria juga mulai menyingsing, memancar cahayanya yang terik. Awan-awan berarak melitupi Gunung Marapi. Burung-burung berkicauan, ikan-ikan di tasik menari-nari ke hulu ke hilir, pokok- pokok menghijau. Subhanallah. Maha Suci Al...

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4

Tanggal 25 Julai 2023, aku singgah di Surau Batipuh, tempat Buya Hamka belajar sewaktu beliau kecil. Belajar ugama, melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama sebagai persiapan untuk menjadi seorang Ulama' besar suatu hari nanti.  Kemudiannya aku menuju ke Desa Terindah, Pariangan untuk menikmati secangkir teh daun sambil melihat keindahan panorama di sana. Kami mendengar dendangan siulan serunai "Manik Uriau" oleh Pak Baharuddin, Ketua Sanggar . Damai sungguh bunyian serunai itu. Ketika di Desa Pariangan , seakan-akan jiwaku kembali kepada Tuhan. Sawah terbentang luas, bersusun-susu, bertingkat-tingkat. Permandangan margasatwa yang memukau. Gunung-gunung terpacak kuat, rumah-rumah kecil berselerekan, ibu-ibu sedang mendirikan solat sawah bendang menunjukkan solat juga bisa didirikan di mana-mana. Allahu Akbar! Dialah pencipta "ayat-ayat kebesaran, kitabul maftuh".  Rabbbana ma khalaqtana haza batilan subhana faqina azaban annar. "Maha Suci Allah yang mencipt...