Kenang-Kenangan di Ranah Minangkabau part 5, Berpagian di Danau Maninjau

27 Julai 2023

 Jam 4.30 pagi, aku bangun mengejutkan Encik Adam untuk turut serta ke biara Danau Maninjau untuk melihat bintang El-Suraya di langit. Kami menginap di Beach Guest House, Danau Maninjau.  Di sana, elihatan Encik Azman da isterinya Puan ...... sudah bersama Dr. Kassim untuk melihat bintang. Dr. Kassim ialah seorang individu yang amat arif dan pakar dalam bidang Falak. Dr. Kassim menerangkan bintang ini dengan penuh semangat dan ilmiah. Banyak kami mengambil manfaat ilmu daripada beliau. Masuknya waktu Subuh, aku dan Encik Adam kembali semula ke bilik. Beliau menjadi imam, saya sebagai makmum. Beliau membaca Surah wadduha.Seusai solat Subuh , saya kembali ke perkarangan tasik. Melihat alam mulai bernafas. ' wassubhi iza tanaffas'.  Sang suria juga mulai menyingsing, memancar cahayanya yang terik. Awan-awan berarak melitupi Gunung Marapi. Burung-burung berkicauan, ikan-ikan di tasik menari-nari ke hulu ke hilir, pokok- pokok menghijau. Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan Danau Maninjau ini. Untuk sampai di sini, ada 44 kolek yang perlu dilalui sebelum sampai di pinggiran Danau Maninjau. Kolek ini adalah jalan-jalan sempit yang perlu dilalui untuk menuju ke sana. Kolek-kolek ini mengingatkanku seakan-seakan jalan sempit yang aku lalui untuk menuju ke Bukit Fraser, Pahang dan Gunung Jerai, Kedah. Danau adalah kata nama tasik bagi kita di Malaysia.  Danau Maninjau mengingatkan pengalamanku ketika berkelah di Tasik Kenyir yang terletak di negeri kelahiranku,Terengganu Darul Iman bersama sahabat-sahabatku sesama sepengajian Maahad. 


27/7/2023

Pinggiran Danau Maninjau


Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4