Posts

Showing posts from April, 2024

Coretan Rambang Part 1

Image
  Coretan Rambang (Part 1) Hari ni membaca artikel Ku Seman Ku Hussain bertajuk ; "P. Ramlee di mata sasterawan" dalam Surat Khabar Wilayahku. Membaca coretan Pak Ku Seman ini membuat aku ingin berhajat ke teratak Seniman Agung ini. Hajat ini sebenarnya sudah lama ku niatkan. Jika ingin bercakap mengenai perihal seniman agung ini teramatlah banyak, namun aku ingin kongsikan sedikit angle yang ringan sahaja iaitu pada sudut "kebertembungan kenang-kenangan (baca: retrospektif) yang sama dengan pujangga Nusantara dari Sumatera, Buya Hamka. Di manakah kebertembungan itu? Di lirik lagu "Dendang Perantau" oleh Allahyarham P. Ramlee dan tulisan Buya Hamka di dalam buku "Islam dan Adat Minangkabau" pada muka surat 71. Kata kunci nya ialah "tepian mandi". P. Ramlee menggunakan "di tepian mandi". Manakala Hamka pula menulis dengan kosa kata "tepian tempat mandi". Jikalau Hamka aku tahu, "tepian tempat mandi" itu beliau b...

TADABUR SURAH AL-HUJURAT

  TADABUR SURAH AL-HUJURAT (bilik-bilik) Part 1 KUPASAN TAFSIR AL-AZHAR BY BUYA HAMKA  Ibrah adab bersopan santun, adab bermasyarakat sesama Islam dan bukan Islam.  --------------------------------------------------------------------------------- Mukaddimah 1.Surah Al-Hujurat, artinya di dalam Bahasa Melayu yang asal muassal ialah bilik-bilik. Bahasa Melayu Minangkabau masih memakai perkataan bilik juga.  2. Setelah pengaruh Bahasa Belanda masuk ke tanah air kita ( konteks/سياق Hamka berwarganegara Indonesia, lahir di Sumatera Barat), maka bilik biasa kita tukar namanya dengan kamar. Sebab itu biasa juga orang yang memberinya arti kamar-kamar. Perkataan Al-Hujurat yang bererti bilik-bilik itu terdapat pada ayat 4 daripada surah ini . 3. Surah ini diturunkan di Madinah dan banyaknya adalah delapan belas ayat.  4. Sebagaimana telah kita ketahui pada ayat terakhir daripada surah Al-Fath, pada ayat 29 yang terakhir telah dihuraikan bagaimana sifat-sifat daripada uma...

TADABBUR SURAH AL FATH

 TADABBUR SURAH AL-FATH ( PART 1 ) Isu KK Mart dan Iktibar Sikap Nabi S.A.W Serta para Sahabat R.A ketika berhadapan dengan Pembesar Quraisy ketika Perjanjian Hudaibiyah .  ------------------------------------------------------------------------------------ Mukaddimah  1.Semenjak awal Ramadan kali ini, sudah saya menjenguk, membelek-belek lembaran Tafsir Al-Azhar bikinan al-marhum Haji Abdul Malik Karim Amrullah.  2.Terdetiklah saya untuk menyinggah pada Surah Al-Fath. Tiada apa-apa sebab. Mungkin kebetulan di tangan saya hanya ada koleksi Tafsir Pak Hamka cuma berjuzuk 26 sahaja dan didalamnya terdapat Surah Al-Fath.  3. Demikian juga ,kelmarin kita dikejutkan dengan isu terdapat  kalimah Allah Azza Wajalla di stokin yang terjual di KK Mart yang dimiliki oleh Non-Muslim.  4. Sebagai seorang Muslim, sudah pasti hati sanubari kita tersentak, sedih dan gundah-gulana dengan isu ini. Seakan-akan ada sesetengah pihak yang bukan beragama Islam cuba memprovok...