TADABUR SURAH AL-HUJURAT
TADABUR SURAH AL-HUJURAT (bilik-bilik) Part 1
KUPASAN TAFSIR AL-AZHAR BY BUYA HAMKA
Ibrah adab bersopan santun, adab bermasyarakat sesama Islam dan bukan Islam.
---------------------------------------------------------------------------------
Mukaddimah
1.Surah Al-Hujurat, artinya di dalam Bahasa Melayu yang asal muassal ialah bilik-bilik. Bahasa Melayu Minangkabau masih memakai perkataan bilik juga.
2. Setelah pengaruh Bahasa Belanda masuk ke tanah air kita ( konteks/سياق Hamka berwarganegara Indonesia, lahir di Sumatera Barat), maka bilik biasa kita tukar namanya dengan kamar. Sebab itu biasa juga orang yang memberinya arti kamar-kamar. Perkataan Al-Hujurat yang bererti bilik-bilik itu terdapat pada ayat 4 daripada surah ini .
3. Surah ini diturunkan di Madinah dan banyaknya adalah delapan belas ayat.
4. Sebagaimana telah kita ketahui pada ayat terakhir daripada surah Al-Fath, pada ayat 29 yang terakhir telah dihuraikan bagaimana sifat-sifat daripada umat yang memegang teguh kepercayaan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
5. Iaitu terhadap kepada orang yang masih kafir, tidak mahu menerima kebenaran seruan Ilahi orang-orang yang beriman itu bersikap tegas tetapi apabila bertemu sesama mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka berkasih-kasihan.
6. Dalam surah ini dianjurkan adab sopan santun hidup di antara Muslim sesama Muslim, sehingga segala ayat yang menganjurkan berbudi sopan, bersikap lemah lembut sesama muslim, berlaku hormat, jangan mencela dan jangan memburukkan orang lain dan jangan mengumpat.
7. Maka kesimpulan daripada surah Al-Hujurat yang kita ertikan surah "bilik-bilik" ini ialah menunjukkan budi dan kesopanan atau dalam bahasa yang halus sekarang ialah etika dalam pergaulan sesama muslim. Hablum minallah wa hablum minannas.
الدِّين حُسنُ الخُلقِ
"Agama itu ialah kebaikan budi pekerti".
Bersambung....
Comments
Post a Comment