TADABBUR SURAH AL FATH

 TADABBUR SURAH AL-FATH ( PART 1 )

Isu KK Mart dan Iktibar Sikap Nabi S.A.W Serta para Sahabat R.A ketika berhadapan dengan Pembesar Quraisy ketika Perjanjian Hudaibiyah . 

------------------------------------------------------------------------------------

Mukaddimah 

1.Semenjak awal Ramadan kali ini, sudah saya menjenguk, membelek-belek lembaran Tafsir Al-Azhar bikinan al-marhum Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 

2.Terdetiklah saya untuk menyinggah pada Surah Al-Fath. Tiada apa-apa sebab. Mungkin kebetulan di tangan saya hanya ada koleksi Tafsir Pak Hamka cuma berjuzuk 26 sahaja dan didalamnya terdapat Surah Al-Fath. 

3. Demikian juga ,kelmarin kita dikejutkan dengan isu terdapat  kalimah Allah Azza Wajalla di stokin yang terjual di KK Mart yang dimiliki oleh Non-Muslim.

 4. Sebagai seorang Muslim, sudah pasti hati sanubari kita tersentak, sedih dan gundah-gulana dengan isu ini. Seakan-akan ada sesetengah pihak yang bukan beragama Islam cuba memprovokasi umat Islam dengan kalimah yang paling kita cintai ALLAH AZZA WAJALLA . 

5. Kita berasa sedih kalimah Allah diletak di stokin. Kesedihan, kemarahan, kegeraman dan kegelintaran   wajib timbul dalam hati kita selaku umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul. 

6. Namun bagaimana sikap kita selaku "ummatan wasata" dalam menghadapi provokasi daripada orang bukan Islam di Malaysia seperti isu KK Mart ini?

7. Teringatlah saya pada sirah Nabi s.a.w bersama para sahabat R.A pada tahun keenam sesudah berhijrah ke Madinah Al-Munawarrah meninggalkan tanah kelahiran mereka yang dicintai, Makkah al-Mukarramah. Timbul perasaan rindu oleh kalangan sahabat yang ingin menunaikan umrah. 

8. Pada hemat saya, isu kalimah Allah yang terletak di stokin ini sangat getir dan kita selaku umat Islam bersatu mengutuk tindakan tidak bermoral dan tidak memahami tata-susila (bukan tata kelola) hidup bermasyarakat di Malaysia.

9. Dan bagaimana sikap kita dalam menghadapi isu ini? Ibrah nya terdapat dalam surah ini, dan episod-episod sirah nabi bersama sahabat menghadapi  pemimpin Quraiysh yang melatari Asbabul Nuzul Surah Al-Fath ini diturunkan.

10. Kenapa saya berpandangan ibrahnya terdapat dalam surah ini? Kata kuncinya adalah pada babak nabi dibentak oleh Suhail bin Amr supaya ketika perjanjian Hudaibiyah ingin ditulis dan ditandatangan, kalimah "Bismillahirrahmani Rrahim" dan "Muhammadur Rasulullah" ditukar kepada "Bismika Allahumma" dan "Muhammad ibn Abdillah".

Bersambung.....

Bersambung....

#ithinkthereforeiam 

#zeitgeist 

#IQRA'

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4