Posts

Showing posts from January, 2025

Sinopsis Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29, HAMKA

 Tajuk Buku : Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 Pengarang : HAMKA Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun dikenali sebagai HAMKA.  HAMKA menggunakan bebeapa metod dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metod tahlili (analisis), tafsir Al- Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengna tafsir muktabar lain.  Disamping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Mulk dan Surah lain dalam juzuk 29.  Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengna ungkapan yang teliti, men...

Selamat Bersara Ayahku

 SELAMAT BERSARA AYAHKU Ayahku bersara bukanlah dari menjawat jawatan Profesor Emeritus atau jawatan-jawatan pegawai berpangkat tinggi, tidak jugak bukan ustaz bukan peguam persis Haji Mohamed Hadi ,  tapi sekodar dari sebagai Imam Masjid Kampung, Kampung Jambu Bongkok. Sebuah desa yang terletak di pinggiran ombak Laut China Selatan, bermukimkan Merchang, berdaerahkan Marang , bernegerikan Terengganu.  1/1/1976 sehingga 1/1/2025, satu jangka waktu yang cukup panjang. Merentas zaman. Latar masa yang melewati pelbagai era dan konflik yang melingkari sosio budaya/politik orang Melayu terutama khilaf masyarakat Melayu Pantai Timur dalam konteks budaya beragama akibat perbezaan fahaman ijtihad politik masing-masing .  Solat dua imam, tidak sah sembelihan "imam kerajaan", Solat jumaat di Qaryah lain, hanya kerana perbezaan fahaman siyasah ketika itu telah menghiruk-pikuk bumi Darul Iman era 80an sehingga lah lewat pasca 1999.  Namun bak kata pepatah " tak lapuk dek hu...