Sinopsis Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29, HAMKA

 Tajuk Buku : Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29


Pengarang : HAMKA



Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun dikenali sebagai HAMKA. 


HAMKA menggunakan bebeapa metod dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metod tahlili (analisis), tafsir Al- Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengna tafsir muktabar lain. 


Disamping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Mulk dan Surah lain dalam juzuk 29. 


Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengna ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.


Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologu, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4