Fasa-Fasa Ujian Kerjaya dan Anakku Dirundung Ujian Sakit
Sabtu,19/7/2025 Cafe Lorong, Teluk Pulai Klang. Pada tika saya menulis ini, saya sedang menghadapi fasa-fasa yang agak kritikal di dalam kerjaya saya sebagai seorang guru. Menghadapi ketua jabatan yang karakternya yang agak " dominan" membuatkan saya berasa "anxiety". Dua tiga minggu ini, banyaklah perasaan dari sudut hati yang dalam ini dikongsi bersama isteriku yan senantiasa sudi mendengar luahan isi hatiku. Terima kasih wahai permaisuri hatiku. Ketika mana pada hari saya diherdik oleh ketua jabatan, perasaan cemas, deperession, anxiety terus datang menyelubungi diri ini. Ada ketika, seakan-akan mahu membuat keputusan untuk berpindah mencari arah kerjaya yang lain. Dunia ini luas, aku tidak mahu dirundung "sakit" semata-mata untuk bertahan di dunia "toksik" ini. Namun rakan-rakan sekerjaku sangatlah baik. Abang-abang dan kakak-kakak rakan sekerja senior banyak membantuku dalam melayari bahtera dunia pendidikan sekolah rendah yang masih baru...