Fasa-Fasa Ujian Kerjaya dan Anakku Dirundung Ujian Sakit
Sabtu,19/7/2025
Cafe Lorong, Teluk Pulai Klang.
Pada tika saya menulis ini, saya sedang menghadapi fasa-fasa yang agak kritikal di dalam kerjaya saya sebagai seorang guru. Menghadapi ketua jabatan yang karakternya yang agak " dominan" membuatkan saya berasa "anxiety". Dua tiga minggu ini, banyaklah perasaan dari sudut hati yang dalam ini dikongsi bersama isteriku yan senantiasa sudi mendengar luahan isi hatiku. Terima kasih wahai permaisuri hatiku. Ketika mana pada hari saya diherdik oleh ketua jabatan, perasaan cemas, deperession, anxiety terus datang menyelubungi diri ini. Ada ketika, seakan-akan mahu membuat keputusan untuk berpindah mencari arah kerjaya yang lain. Dunia ini luas, aku tidak mahu dirundung "sakit" semata-mata untuk bertahan di dunia "toksik" ini. Namun rakan-rakan sekerjaku sangatlah baik. Abang-abang dan kakak-kakak rakan sekerja senior banyak membantuku dalam melayari bahtera dunia pendidikan sekolah rendah yang masih baru untuk aku.
Setelah beberapa minggu berlalu, sesudah badai "anxiety" ini sudah reda, Allah menguji kami suami isteri dengan ujian anak kami dirundung sakit batuk yang berpanjangan. Kami membuat keputusan untuk menghantar Akif ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Akhirnya doktor memutuskan untuk menahan anak kami di wad kanak-kanak. "Fas'alu ahla zzikri inkuntum ta'lamun" . Kami percaya doktor lebih arif tentang kesihatan Akif, lalu kami memutuskan untuk memasukkan Akif ke dalam wad terlebih dahulu. Mudah-mudahan ikhtiar ini berhasil. Ya Allah. Engkaulah Maha Penyembuh, sembuhlah penyakit yang anakku alami. Sembuhkanlah dia.Amiin
Comments
Post a Comment