Analisis Politik Terengganu
Coretan di bawah ini asalnya ditulis pada 26 Ogos 2023. Orang PAS tidak setuju. Jenuh berhujah.
Tetapi lihat bagaimana KJ tanya soalan dan bagaimana DS Hamzah Zainuddin bersilat lidah dalam video Keluar Sekejap tidak lama dulu.
Kita sudah lama kenal PAS ini, sejak zaman Semangat 46 di Kelantan selepas PRU 1990 atau di Terengganu setelah PRU 1999.
(coretan saya hampir tiga tahun lepas. Pautan ke ulasan lebih panjang di bahagian komen)
Ramai penyokong PAS tidak setuju hujah saya: Bersatu sekodor makan "sisa-sisa nasi tambah" PAS.
Tapi orang Bersatu macam diam sahaja. Mungkin dalam senyap-senyap mereka suka saya hentam PAS ;)
Saya ulang siar bagaimana PAS membuli Bersatu di tiga negeri. Dan, saya ambil contoh di Terengganu, bagaimana agihan kerusi malapkan masa depan Bersatu.
Terengganu (32-0):
PAS 27 Bersatu 5 (1 exco)
2018: PAS dapat 22 daripada 32 kerusi
2023: PAS kaut lagi 5 kerusi (jadi) 27, Bersatu 5
Kelantan (43-2):
PAS 38 Bersatu 5 (1 exco)
2018: PAS dapat 37 daripada 45 kerusi
2023: PAS curi lagi 2 kerusi (jadi) 39, Bersatu 6
Kedah (33-3):
PAS 21 Gerakan 1 Bersatu 11 (3 exco)
2018: PAS dapat 15 daripada 36 kerusi
2023: PAS bolot lagi 6 (jadi) 21 Gerakan 3 Bersatu 12
Kalau contoh-contoh ini bukan bukti PAS bolot dan tamak namanya, kita nak sebut apa? Licik? Putar alam? Gelojoh?
Cuba kita intai 5 kerusi sisa-sisa yang PAS Terengganu tinggalkan untuk Bersatu. Semuanya kubu tradisi BN, termasuk kubu kuat Umno:
1. Telemong** (kubu kuat BN, tidak pernah ditembusi)
2. Seberang Takir (kubu kuat BN, tidak pernah ditembusi)
3. Hulu Besut (kubu BN, PAS menang sekali - 1999)
4. Permaisuri (kubu BN, PAS menang sekali - 1999) 5. Kijal (kerusi Ahmad Said, PAS menang sekali - 1999).
** Bersatu nyaris-nyaris tewas di sini, dapatlah majoriti 295 undi saja.
Comments
Post a Comment