USRAH MADANI-SIRI 4 (Isu-isu semasa Fatwa tentang Jihad di Palestin )
Usrah Madani di Mc Donalds Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
8 April, 8 malam, Selasa
Objektif;
1. Ukhuwah dan meraikan hari raya bersama
2. Bersyukur atas pelancaran batu asas masjid Madani yang menjadi pemangkin dakwah di kawasan Jalan TAR, Jalan Tun Perak dan sekitar.
Beberapa resolusi telah dicapai bersama hasil diskusi santai hadirin.
1. Usrah Madani menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan dan Jakel yang merancang pembinaan masjid Madani
2. Usrah Madani sedar kepentingan umat Islam, khususnya kaum Melayu terus membangun dan meningkatkan ekonomi demi kesejahteraan dan kemakmuran di Malaysia. Kemiskinan tegar menjadi ancaman kepada kesejahteraan hidup.
3. Usrah Madani menyatakan sokongan kpd seruan Kesatuan Ulama Muslimin agar umat Islam lebih tegas, jgn berdiam diri terhadap konflik terkini di Palestin. Bantuan segera amat diperlukan. Walau bagaimana pun anggota usrah berbeza pandangan terhadap seruan jihad bersenjata.
4. Kepentingan menjaga keharmonian antara kaum sebagaimana dilaksanakan oleh kerajaan Madani turut menjadi fokus utama Usrah Madani. Lawatan ke rumah ibadat selain Islam tidak wajar menjadi isu jika ia dalam rangka kepimpinan bertemu rakyat dan menuruti siasah syariyyah dan siasah ra'iyyah.
5. Usrah Madani menegaskan setiap individu muslim di negara ini mesti berperanan di posisi masing2 dalam membangunkan gerakan dakwah dan siasah, sama ada melalui parti politik, NGO atau sebagai kakitangan awam. Jangan menjadi batu api kepada usaha dakwah dan perpaduan.
6. Usrah Madani menyeru entiti2 rakyat secara kecilan terus menghidupkan wacana rakyat seperti Usrah di Mc Donalds ini atau lain2 lokasi utk percambahan idea dan prihatin kepada keperluan rakyat.
7. Bahaya taksub dan pendewaan terhadap tokoh turut menjadi resolusi penting hasil diskusi Usrah Madani. Apa gerakan pun, setiap individu muslim jangan menjadi walaun kepada sesiapapun.
8. Usrah Madani menyeru anak muda agar mengutamakan kepentingan ilmu dan kesedaran mendalam terhadap agama, jangan berjuang atas dasar semangat semata2 maka akhirnya wujud pemikiran ghulu dalam dakwah dan politik Islam.
Jurucakap: Saudara Najmuddin Yusoff
Naqib Usrah: Al-Fadhil Ust Ahmad Shukri Yusoff
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi Kenyataan:
1. Ustaz Omar - sokongan kepada masjid madani
2. Dr Hadi - pembangunan kaum melayu muslim
3. Ust Shukri - Sokongan kpd seruan Kesatuan Ulama agar umat Islam lebih tegas, jgn berdiam diri
4. Ust Ali - Kepentingan menjaga keharmonian antara kaum
5. Faizul - Setiap individu mesti berperanan di posisi masing2 dalam membangunkan gerakan dakeah dan siasah
6. Aiman - Kepentingan wacana rakyat mesti diteruskan itk percambahan idea
7. Najmuddin - Bahaya taksub dan pendewaan terhadap tokoh
8. Abe Joe - Kepentingan ilmu dan kesedaran mendalam amak muda, tidak hanya semangat Islam
9. Munsif - Ngo2 Islam mesti segera bertindak membantu perjuangan Gaza
10. Angku Hanafi - Kepentingan meningkat equiti muslim/melayu dalam menjamin kesejahteraan hidup di Malaysia
Comments
Post a Comment