Posts

Showing posts from September, 2023

Kenang-Kenangan di Ranah Minang part3

#Kenang-Kenangan di Ranah Minang #part3  Aishh takleh jadi  maulana @dr_mh85 duk asyik up gambar kat London bumi bekas penjajah.. Rasa nak sambung perkongsian pengalaman sekitar seperjalanan ambe ke Sumatera Barat Indonesia. Kali ni ke Padang Panjang untuk ziarah Muzium "Rumah Gadang"  Kali pertama ambe mengenali "Padang Panjang" dan "Rumah Gadang" ini adalah melalui filem "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", kisah cinta antara si Zainuddin dan Hayati yang terhalang oleh adat Minangkabau yang melihat harta pusaka tinggi dan darjat suku keturunan sebagai yang tertinggi dan seutamanya. Bak kata petatah-petitih Minang," Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas".  Filem ini diadaptasi daripada karya roman ulama berketurunan Minang sendiri, Buya Hamka.  Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kriti...

Kenang-Kenangan di Ranah Minang, Bumi Kelahiran Buya Hamka #part2

Kenang-Kenangan di Ranah Minang, Bumi Kelahiran Buya Hamka #part2 3 minggu sesudah kesibukan menjadi pelatih dan pemain baru di Industri Pasaran Modal Islam Malaysia di Bukit Kiara sedikit sebanyak melunturkan daya ingatan untuk menyambung penulisan akan kenang-kenangan di Ranah Minang, sebulan yang lalu. Cuti hujung minggu ini cuba menarik kembali memori-memori sepanjang seperjalanan ambe di sana.  Adakah semangat untuk berkecimpung di dalam kerjaya industri moden tidak dapat bercampur dengan jiwa seni menjejak khazanah alam dan sejarah Alam Melayu Nusantara? Saya cuba mengajukan "tesis" bahawa ; Alam Melayu Nusantara itu sendiri sudah bersifat Kosmopolitan. Tanggal 24 Julai yang lalu, saya punya rezeki dapat menjejak kaki ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Di kepulauan Sumatera inilah, lahirnya sebilangan tokoh pendiri Negara Republik Indonesia dan alim-ulama seperti Buya Hamka, Pak Agus Salim dan  Dr. Muhammad Hatta.  Saya mengikuti rombongan  yang diketuai Ang...
Image
  CORETAN PASCA KEMBARA DI TANAH KELAHIRAN BUYA HAMKA, DANAU MANINJAU Ahad yang lalu saya beserta Sahabat Asatizah mengambil istifadah daripada Prof Jasser Audah ,tokoh sarjana dalam Maqasid Syariah di Shah Alam. Perbincangan sekitar persoalan masa depan wacana Islam yang progresif di Malaysia. Turut serta saudara Kamil Munim , Timbalan Ketua AMK Malaysia. Pagi Isnin saya terus berangkat ke Padang, Sumatera Barat Indonesia untuk menyertai rombongan menjejak kembara Tokoh-Tokoh Islam dan kemerdekaaan Indonesia selama 4 hari. Sudah barang tentu perkara yang saya idam-idamkan sekali adalah menjejak kaki di tanah Kelahiran Buya Hamka, di Jorong Batung Nagari Sungai Batang Kecamatan Tanjung Raya Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Terasa kaya benar jiwa saya dapat rezeki bertemu dengan anak almarhum Buya Hamka ,iaitu Bapak Angku Amir Syahib Arsalan dan sepupu Buya Hamka, Ibu Husna yang masih hidup alhamdulillah. Perasaan bercampur-campur antara sebak dan gembira bertemu insan-insan yang me...
Kenang-Kenanganku di Ranah Minang #Part1 Malam ni berkesempatan menyelak helaian-helaian buku karangan Buya Hamka yang bertajuk "Islam dan Adat Minangkabau" . Teruslah kepala fikiranku berterbangan mengimbau kembali kenang-kenanganku di Ranah Minang, Padang Sumatera Barat. Antara yang menarik untuk saya titipkan kembali catatan Pak Hamka tentang kecintaannya terhadap bumi kelahirannya di Ranah Minang di dalam bukunya yang berbunyi begini; "Sebagai seorang putera Indonesia yang dilahirkan di daerah Minang dan tersusun dalam suku dan kaum, tidaklah ada di antara kita yang tidak mencintai daerah itu. Sejauh-jauh berjalan, namun daerah itu tetap dikenangkan dan tetap dicintai. Walaupun kita hanya pulang sekali-sekali, namun pulang yang sekali-sekali itu pun meninggalkan kesan yang dalam pada jiwa kita. Kampung halaman, tepian tempat mandi, tanah pusaka, sawah berbatangan, ladang berbintalak, dan terutama sekali alamnya yang indah" (-Islam dan Adat Minangkabau m/s71) Say...