CORETAN PASCA KEMBARA DI TANAH KELAHIRAN BUYA HAMKA, DANAU MANINJAU
Ahad yang lalu saya beserta Sahabat Asatizah mengambil istifadah daripada Prof Jasser Audah ,tokoh sarjana dalam Maqasid Syariah di Shah Alam. Perbincangan sekitar persoalan masa depan wacana Islam yang progresif di Malaysia. Turut serta saudara Kamil Munim , Timbalan Ketua AMK Malaysia.
Pagi Isnin saya terus berangkat ke Padang, Sumatera Barat Indonesia untuk menyertai rombongan menjejak kembara Tokoh-Tokoh Islam dan kemerdekaaan Indonesia selama 4 hari. Sudah barang tentu perkara yang saya idam-idamkan sekali adalah menjejak kaki di tanah Kelahiran Buya Hamka, di Jorong Batung Nagari Sungai Batang Kecamatan Tanjung Raya Kabupaten Agam, Sumatera Barat.
Terasa kaya benar jiwa saya dapat rezeki bertemu dengan anak almarhum Buya Hamka ,iaitu Bapak Angku Amir Syahib Arsalan dan sepupu Buya Hamka, Ibu Husna yang masih hidup alhamdulillah. Perasaan bercampur-campur antara sebak dan gembira bertemu insan-insan yang merupakan saudara dansanak dengan al-marhum Hamka.
Terima kasih Angku Muhamad Hanapi Jamaludin yang memimpin rombongan ini menjejaki tokoh-tokoh Islam dan kemerdekaan Indonesia di Padang Panjang, Kampung Batipuh ,Paya Kumbuh, Bukit Tinggi, Pariawan dan Danau Maninjau. Tidak lupa hormat dan kasih saya kepada Haji Syamsul Amri , pembicara terkenal di Radio IKIM.fm yang pandai berceloteh dan bergurau senda berselang-seli dengan petatah petitih, adat-beradat di Ranah Minangkabau. Berada di sisi mereka, teraso sayo ini bagai nasi tambah sajo
Banyak yang saya ingin kisahkan, namun cukuplah di sini dahulu. Sesampai di Kuala Lumpur semalam, hari ni dalam perjalanan pulang ke Terengganu bagi memberi sokongan kepada sahabat Wan Muhamad Haikal yang akan menjadi Calon di Kerusi DUN Wakaf Mempelam, Kuala Terenganu.
Memandu sambil menikmati lagu-lagu Tradisional Minang seperti Ayam Den Lapeh dan Sultan Mudo, seakan-seakan jiwa masih menerawang di Ranah Minang.
"Luruih la jalan Payakumbuaih,
Babelok jalan ka Andaleh,
Dima hati indak kan rusuah,
Ayam den lapeh oi oi....ayam den lapeh...."
RANAH MINANG, KU INGIN KEMBALI LAGI,
R&R Perasing
28 Julai 2023
Comments
Post a Comment