Kenang-Kenangan di Ranah Minang, Bumi Kelahiran Buya Hamka #part2
Kenang-Kenangan di Ranah Minang, Bumi Kelahiran Buya Hamka #part2
3 minggu sesudah kesibukan menjadi pelatih dan pemain baru di Industri Pasaran Modal Islam Malaysia di Bukit Kiara sedikit sebanyak melunturkan daya ingatan untuk menyambung penulisan akan kenang-kenangan di Ranah Minang, sebulan yang lalu. Cuti hujung minggu ini cuba menarik kembali memori-memori sepanjang seperjalanan ambe di sana.
Adakah semangat untuk berkecimpung di dalam kerjaya industri moden tidak dapat bercampur dengan jiwa seni menjejak khazanah alam dan sejarah Alam Melayu Nusantara? Saya cuba mengajukan "tesis" bahawa ; Alam Melayu Nusantara itu sendiri sudah bersifat Kosmopolitan.
Tanggal 24 Julai yang lalu, saya punya rezeki dapat menjejak kaki ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Di kepulauan Sumatera inilah, lahirnya sebilangan tokoh pendiri Negara Republik Indonesia dan alim-ulama seperti Buya Hamka, Pak Agus Salim dan Dr. Muhammad Hatta.
Saya mengikuti rombongan yang diketuai Angku Hanapi. Kapal terbang berlepas dari KLIA, Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang sekitar jam 7.30 pagi. Sesudah sampai disana kami para rombongan di sebuah warung di tepi jalan menikmati santapan Melayu yang tidak biasa kita temui di Tanah Melayu Semenanjung. Ambe mencuba kopi Telur. SeDAP tapi manis bangatt!!
Para rombongan masing-masing memperkenalkan diri. Saya seorang sahaja budak muda muda rawan dan masih bujang. Yang lain datang berpasangan dan berkarier tinggi semua antaranya bapak profesor, dosen, personaliti Radio IKIM Haji Syamsuri, Pengetua Tahfiz dan Wartawan Sinar Harian.
Seusai sarapan, kami menuju ke mana aja sih? Tak ingat sudah kemana destinasi nya.
Nanti saya ingat, saya sambung part 3 pulak lah.
Comments
Post a Comment