Kenang-Kenangan di Ranah Minang part3

#Kenang-Kenangan di Ranah Minang #part3


 Aishh takleh jadi  maulana @dr_mh85 duk asyik up gambar kat London bumi bekas penjajah..


Rasa nak sambung perkongsian pengalaman sekitar seperjalanan ambe ke Sumatera Barat Indonesia. Kali ni ke Padang Panjang untuk ziarah Muzium "Rumah Gadang" 


Kali pertama ambe mengenali "Padang Panjang" dan "Rumah Gadang" ini adalah melalui filem "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", kisah cinta antara si Zainuddin dan Hayati yang terhalang oleh adat Minangkabau yang melihat harta pusaka tinggi dan darjat suku keturunan sebagai yang tertinggi dan seutamanya. Bak kata petatah-petitih Minang," Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas". 


Filem ini diadaptasi daripada karya roman ulama berketurunan Minang sendiri, Buya Hamka. 


Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.


Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.


Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. 


Antaranya dialog pedas Zainuddin kepada Hayati;


Zainuddin: Maaf? Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan. Kau minta maaf..


Hayati: Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.


Zainuddin: Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya


Hayati : Zainuddinnnnn


🤣🤣


Epilog : Selepas ziarah di Muzium Rumah Gadang ini, saya menuju ke perkampungan di mana di situ lah Buya Hamka ketika di usia masih remaja sudah mulai mengarang novel roman ini..Di manakah perkampungan itu? Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4