Tasawuf Kosmopolitan (1)
Bab Bahagia
Ada sebahagian orang berfikir, bahawa dengan mengejar pangkat, kerjaya, harta-benda, beranak-pinak, bercucu-bercicit itulah hakikat kebahagian. Tidak. Itu barangkali boleh jadi, tapi belum tentu. Hakikat kebahagiaan adalah iman yang benar , akal fikir yang damai , hati nurani yang salim, qanaah dengan apa yang ada , nikmat yang datang disyukuri, sabar dengan ujian yang mendatang serta redha kepada Allah dalam setiap detik pelayaran kehidupan kita.
Comments
Post a Comment