Wacana Politikal Islam (1)
islamisme - muslim demokrat.
Dari sudut sejarah pemikiran gerakan islam, ia bermula dari kejatuhan osmaniyyah, turki tahun 1924.
pada tahun 1928, hasan al-banna yang ketika itu berumur awal 20an menubuhkan Ikhwan Muslimun.
Pemikiran Hasan al-Banna yang terpengaruh dengan pemikiran Abduh dan Jamaluddin al-Afghani.
Jamaluddin al-Afghani membawa pemikiran melawan penjajah, sedangkan Abduh pula mengemukakan konsep melawan penjajah dengan persaingan pemikiran.
pada Abduh, al-Quran adalah modul terbaik dalam menandingi tamadun barat, tetapi pentafsiran al-Quran tidak boleh terikat sangat dengan pentafsiran golongan terdahulu. Umat Islam perlu berani kemukakan ijtihad- ijtihad baru. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan peradaban - tamadun.
pemikiran hasan al-Banna itu tidak lain bahawa keperluan kerajaan dan negara yang berasaskan kepada Islam.
pemikiran ini berkembang melalui beberapa tokoh. Maududi antara yang terpengaruh tp dalam bentuk sedikit berbeza dengan Hasan al-Banna. Semua ini kerana, Maududi ketika itu berhadapan dengan polemik pertembungan dengan penjajah di India. Sebelum pecahan kepada India - Pakistan, maududi anggap keterlibatan dengan demokrasi sebagai haram, tetapi nada beliau berubah selepas pembentukan negara Pakistan sehingga timbul istilah Teo-Demokrasi.
Syed Qutb pula menampilkan agak keras. terutama dalam menafsirkan konsep hakimiyyah yang beliau terpengaruh dari tulisan Maududi sebelum pembentukan negara Pakistan, tanpa mengendahkan pandangan Maududi selepas pembentukan negara pakistan.
Dari situ, pemahaman maksud "islamiyun" dalam terma Abu al-Hasan al-A'sya'ari berbeza dengan pemahaman terkini.
Kalau dahulu, perkataan "islamiyun" dalam kerangka pertembungan antara kelompok Hanabilah dan Asyairah terhadap kelompok Muktazilah.
iaitu, dalam berhadapan dengan Muktazilah, Hanabilah menggunakan pendekatan literalis teks dan Asyairah dengan pendekatan nas-nas zanniy perlu ditakwilkan agar seragam dengan usul yang qatie (merujuk kepada sifat 13 yang kemudian menjadi sifat 20 yang ditambah oleh Maturidi).
Islamiyun atau disebut juga sebagai Islamisme selepas era hasan al-Banna sudah membawa kepada wacana kenegaraan; iaitu pembentukan negara Islam.
malangnya, wacana islamisme dalam wacana kenegaraan memberi kesan yang agak negatif, iaitu lebih ramai menjadi ekstrimisme, dan dari kalangan eksrimisme itu pula, ada yang menjadi terorisme.
di Mesir, ada tokoh yang bernama Syukri Mustafa yang merupakan pengasas jemaah takfir dan hijrah, Abdul Salam Frj yang menulis al-Faridhah al-Ghaibah, Soleh Sirriyyah yang menulis Risalah al-Iman, dan terkini adalah Aiman al-Zawahiri yang menulis Rayah al-Nabi; yang kesemua tokoh2 teroris ini terpengaruh dengan karya Syed Qutb.
problem mereka adalah, pemikiran gerakan islam yang berbasiskan idea negara Islam, lazimnya membawa kepada ganas; sama ada ganas sekadar eksrimisme, ataupun lebih parah, membawa kepada terorisme.
Anuar Sadar selaku presiden Mesir yang dibunuh oleh Khalid Islambuli, secara sedar terpengaruh dengan pemikiran negara Islam yang dikemukakan oleh Syed Qutb.
Di era moden ini, ada tokoh bernama Rashid Ghaonushi yang kemukakan pemikiran Muslim Demokrat. Ada pihak menyatakan, sebelum Ghanoushi, Anwar Ibrahim dikatakan yang lebih awal bercakap konsep ini.
(Ustaz Wanji)
Comments
Post a Comment