Wacana Politikal Islam (2)

 lazimnya, orang yang ada fikrah islamiyyin dalam maksud gerakan Islam, mereka tidak berpolemik dalam isu khilafiyyah fiqh dan aqidah. Soal asya'irah - Salafiyyah - Maturidiyyah dalam wacana aqidah, Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali dalam wacana fiqh; semua itu dapat didamaikan dan mereka tidak berpolemik dalam hal itu. malah, mereka tidak berpolemik sangat juga dalam isu syiah dan muktazilah.


maksud dengan islamiyyin dalam maksud gerakan Islam (al-harakah al-Islamiyyah) adalah kalangan yang wacana mereka terpengaruh dengan pemikiran Hasan al-Banna dan seangkatan dengannya.


namun, mereka boleh terjebak pula kepada wacana - wacana kenegaraan; apakah ia islamik atau tidak. Dengan itu, mereka berpolemik terhadap sekular, negara yang tidak ada hukum hudud.


Memandangkan mereka anggap besar berkenaan wacanaa kenegaraan itu, menjadikan mereka menganggap wacana khilafiyyah fiqh dan aqidah sebagai isu kecil.  


Bagi kalangan yang terjebak dengan wacana khilafiyah fiqh dan aqidah ini pula, mereka anggap wacana kenegaraan itu sebagai perkara kecil sahaja. Pada mereka, wacana yang mereka angkat itu lebih penting kerana mereka anggap itu adalah asas keaslian dalam beragama.


Dalam kedua-dua wacana ini, masing-masing terjebak kepada tuduhan kafir sesama muslim. Namun, bagi kalangan yang terjebak dengan wacana kenegaraan, bukan sekadar terjebak kepada tuduhan kafir, tidak sedikit yang terjebak kepada terorisme.


Sebab itu, kalau kita teliti balik setiap pihak yang terjebak dengan terorisme, hampir semuanya angkat konsep negara Islam yang terpengaruh dengan pemikiran Syed Qutb atau Maududi.


-Ustaz Wanji

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4