Wacana Politikal Islam (4)

 Anjuran agar memaksa orang berpegang dengan satu pendapat sahaja adalah perkara yang luar dari lumrah kehidupan manusia.


Orang salafiyyah tidak boleh paksa orang Asyairah untuk tinggalkan asyairah; dan orang asyairah tidak boleh paksa orang salafiyyah tinggal pandangan mereka.


perbezaan itu, perlu diatasi dengan mendamaikan, bukan dengan pemaksaan. 


Apatah lagi, kekhilafan ini berlaku ekoran manhaj dan kaedah istinbat dari sumber nas al-Quran dan hadis. Terutama sekali, kekhilafan itu sebenarnya sudah berlaku sejak dari zaman Nabi saw lagi.


untuk mendamaikan perbezaan itu, ia perlu kepada dua:

a. Ilmu.

b. Sikap.


bagi kalangan orang berilmu, kekhilafan dihadapi dengan pemaksaan kerana mereka punyai SIKAP yang tidak lurus terhadap perbezaan.


bagi orang awam yang tidak punyai kedalaman ilmu, mereka punyai SIKAP yang tidak baik, jika;

a. Sikap merasakan diri lebih pandai tanpa sedar diri tahap kemampuan ilmu.

b. Sikap taasub terhadap kelompok dan geng sendiri.


berkenaan ilmu, ia bukan sekadar punyai pengetahuan terhadap al-quran dan hadis, tetapi perlu tahu kaedah pemahaman untuk nak faham al-Quran dan hadis. 


semua merujuk kepada al-Quran dan hadis, tetapi setiap pihak tidak sepakat dalam kaedah pendalilan dan istinbat hukum. 


orang awam tidak salah bercakap dan bertanya al-Quran dan hadis, tetapi orang awam yang bertanya kena sedar bahawa mereka masih tidak ada kemampuan untuk nak keluarkan kesimpulan dari al-Quran dan hadis kerana mereka tidak ada disiplin ilmu dalam memahami al-Quran dan hadis. Justeru, jawapan yang diberikan oleh seseorang ustaz jangan dianggap sebagai qatie dan putus, tetapi perlu ada sikap untuk akur dengan kupasan dari ustaz yang berbeza.


perlahan-lahan saya tulis lagi. Ada urusan, kita berhenti dulu. Kita sambung dalam tulisan akan datang.


-Ustaz Wanji

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4