Mengenang Hari Kematian Pyanhabib

Mentitik malam. Sedang menunggu Ustaz Ashraf Hadi dari Kajang untuk sama-sama ke Sungai Bakap, Pulau Pinang. Untuk berkempen di dalam PRK Sungai Bakap. Ketika bateri telefon sedang semakin nazak, kedai mamak ini pula tidak membuka TV, telah membuatkan aku begitu bosan. Menunggu adalah satu kerja yang sangat membebankan. Dengan secangkir Nescafe-C aku cuba mula menulis. Dengan sebatang pen dakwat hitam dan buku nota ini, aku ingin melakar beberapa lakaran kehidupan akhir-akhir ini.

Dua minggu yang lalu, aku menziarahi pengebumian al-marhum Pyan Habib. Seorang seniman yang cukup versatil di persada tanah air ini. Kelihatan ramai rakan-rakan artis dan seniman yang turut hadir menunaikan solat jenazah dan pengkebumian arwah. Disini, kali pertamanya aku dapat melihat sekumpulan artis lagenda dan ternama berkumpul bersama. Antaranya Ito Blues, Pak Nasir Jani, Dr SAM, Dato A. Samad Said, Sani Sudin, Imuda. Mereka ini ialah sahabat baik arwah.Selain rakan-rakan artis, turut kelihatan individu-individu besar yang bukan daripada dunia seni, namun 'sefikrah' dengan manhaj jalan hidup PyanHabib. Fikrah yang dimaksudkan disini tidak dapat ditakrifkan dengan jelas. Kerana PyanHabib ialah orang seni. Seni itu sendiri adalah abstrak. Bukan bersifat kualitatif. Tidak boleh diukur. Ada ruang yang samar-samar, sukar untuk ditafsirkan.

Agak susah sebenarnya untuk mendefinisikan 'fikrah' PyanHabib ini. Dengan imejan berambut panjang, berseluar jeans, berbahasa denga "gua-lu" pergaulan, itu adalah tipikal "Mat Rock" Melayu zaman 80an. Namun PyanHabib bukan sekadar itu. Kerana kerjaya PyanHabib bukanlah sebagai 'rocker".Sesiapa yang mengenali, pasti tahu beliau tidak boleh bercakap dengan baik. Apatah lagi menyanyi. Namun dengan tidak dapat bercakap dengan baik itulah beliau akhirnya menggegar dunia seni Malaysia dengan lakonan dan puisi. Beliau terkenal melalui lakonannya di dalam Filem Kembara Seniman Jalan bersama-sama dengan maestro muzik tanah air, Dato M.Nasir. Dari filem itulah beliau dikurnia gelaran YB. Gelaran YB tidak didapat kerana beliau menang di mana-mana kerusi DUN atau parliemn dalam pilihan raya, tetapi dengan wataknya yang bernama "Osman Tikus" dengan tagline nya yang terkenal, " Brader..kita mesti terus hidup.." Dengan puisi, bakat beliau lebih menyerlah. Segala isi hati dari lubuk sanubari dapat diluahkan melalui bait-bait puisi.

Namun bukan perihal itu juga yang aku ingin bicarakan, kerana aku bukanlah orang yang layak untuk mendiskusi kerja-kerja dan karya-karyanya dalam bidang pusi. Ramai yang lebih layak.

Justeru, apakah yang aku ingin utarakan mengenai PyanHabib?..

Bagi aku, PyanHabib ialah seorang Mahaguru "Kutu". Kutu rayau di ibu kota Kuala Lumpur. 


Jumaat 20 Jun 2024, Restoran Mamak Padang Jawa, Shah Alam

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4