Pak Syed Husin Ali dah pergi.....
Pak Syed Husin Ali dah pergi...
Membelek-belek mencari gambar bersama beliau ketika Rally Bersih 5 sekitar tahun 2016 , rupanya gambar itu sudah hilang. Tapi nombor telefon nya yang aku dapatkan masih ada.
14 October 2023 sesudah kongres , aku cuba menghubungi nya. Aku cuba mesej, dia menjawab rupanya.
Dia bekas Timbalan Presiden Pertama dan Senator Dewan Rakyat. Tapi dia membalas mesej aku. Cuma aku sahaja yang terkesima, lalu tak tahu nak balas balik apa ( sebenarnya niat nak berjumpa).
Sebahagian Majlis Pimpinan Pusat sekarang cukup payah nak dihubungi. Whatsapp pula hanya bluetick. Takpa kita faham, tengah sibuk agaknya dengan kerja-kerja menteri.
Hanya buku Memoir Pak Syed yang ada di dalam koleksi sebagai pedoman. Memoir politikus yang rasanya tak ramai anak muda minat nak baca. Ya lah, sepanjang hayat nya , yang diceritakan di dalam memoir hanya lah perjuangan setinggan melawan kapitalis. Tiada cerita pertarungan merebut jawatan mahupun projek-projek. Selain itu, antara yang aku masih ingat kuat, cerita pertemuan beliau dengan al-marhum Tok Guru Nik Aziz. Dulu bukan mudah nak Kelantan dari Kuala Lumpur.
أللهّم إغفرله وارحمه وعغ عنه.
Sabtu , 29 Jun 2024
Comments
Post a Comment