Malam ini berkesempatan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Angkatan Muda Keadilan.Bersua muka dengan sahabat seangkatan daripada Terengganu, saudara Fadhly, Haikal, Amira, Ihsan, Faizal dan Danial. Turut bertemu dengan komrad seangkatan yang lain seperti Ketua JPPA, Ustaz Ashraf Hadi dan Ketua AMK Pahang , saudara Saifullah. Malam itu, merakam sejarah pra-transisi calon kepimpinan baru iaitu Kamil Munim. Beliau menyampaikan pidato permulaan dengan baik. Dengan konteks Ramadan, Quran, islah dan perjuangan, beliau menekankan bahawa gerakan Angkatan Muda Keadilan pada ketika ini bukan lagi sekadar satu sayap parti yang hanya berada di pinggir ranah demokrasi Malaysia, ketimbang menjadi sayap kepada sebuah parti dimana presidennya sedang menerajui kepimpinan negara. Beliau mengumumkan akan bertanding sebagai bakal ketua Angkatan yang baru . Semoga dapat membawa perubahan yang lebih baik kepada wadah perjuangan ini. Selain itu,Saudara Adam ...
1) Dapat makan dua kali sehari, pakaian dua persalinan, rumah yang cukup udaranya untuk tempat diam, dapat menghirup udara dan bergerak, kita sudah dapat hidup. Cuma nafsu jualah yang meminta lebih dari itu, sehingga di dalam memenuhi keperluan hidup, kerapkali manusia lupa akan kesederhanaan. 2) Segenap manusia sama, tak berbeda, cuma kemauannya yang berlain-lain. Kalau kita perturutkan saja kehendak nafsu, tidak kira beri batas perjalanannya supaya sederhana, tidaklah nafsu itu akan berujung. Padahal jika kita terima apa yang ada, sabar dan tahan hati, dan berusaha menghindarkan pengangguran, maka nafsu itu akan menerima berapa pun yang ada. 3) Binatang apabila telah kenyang perutnya, akan terus tidur, istirahat. Tetapi manusia, walaupun telah kaya, bertambah kaya, bertambah tidak senang hidupnya. Bahkan bertambah tamak dan lobanya, bertambah sayang akan bercerai dengan harta. 4) Sebab itu dapatlah diperhatikan bahwa orang yang lebih terjauh daripada kesenangan hati, ialah oran...
Tanggal 25 Julai 2023, aku singgah di Surau Batipuh, tempat Buya Hamka belajar sewaktu beliau kecil. Belajar ugama, melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama sebagai persiapan untuk menjadi seorang Ulama' besar suatu hari nanti. Kemudiannya aku menuju ke Desa Terindah, Pariangan untuk menikmati secangkir teh daun sambil melihat keindahan panorama di sana. Kami mendengar dendangan siulan serunai "Manik Uriau" oleh Pak Baharuddin, Ketua Sanggar . Damai sungguh bunyian serunai itu. Ketika di Desa Pariangan , seakan-akan jiwaku kembali kepada Tuhan. Sawah terbentang luas, bersusun-susu, bertingkat-tingkat. Permandangan margasatwa yang memukau. Gunung-gunung terpacak kuat, rumah-rumah kecil berselerekan, ibu-ibu sedang mendirikan solat sawah bendang menunjukkan solat juga bisa didirikan di mana-mana. Allahu Akbar! Dialah pencipta "ayat-ayat kebesaran, kitabul maftuh". Rabbbana ma khalaqtana haza batilan subhana faqina azaban annar. "Maha Suci Allah yang mencipt...
Comments
Post a Comment