Pensejarahan Gerakan Islam di Malaysia
Jumaat 20/9/2024
Niat untuk menulis perkembangan gerakan Islam di Malaysia Moden mula timbul apabila penulis mula membaca karya-karya Buya Hamka seperti Sejerah Islam dan Adat di Minangkabau, Ayahku, Negara Islam. Metodologi yang dipakai oleh Hamka tidaklah terlalu ilmiah. Pendekatan yang digunakan lebih kepada metod kewartawanan. Peristiwa-peristiwa dan babak-babak yang diceritakan diabsahkan dengan catatan tarikh berlakunya peristiwa tersebut. Ini berbeza dengan metod yang diguna pakai oleh al-marhum untuk karya-karya beliau yang lain seperti Falsafah Hidup, Tasawuf Moden dan Lembaga Hidup yang lebih ilmiah.
Comments
Post a Comment