Kenanganku Sebagai Guru di Sekolah Rendah
Tanggal 1 Julai 2024, saya seperti mana diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, perlu hadir ke sesi taklimat antara guru-guru baru dan para pegawai atasan pendidikan di SMK Setia Alam. Sudah lama saya tidak berpakaian formal, berkemeja dan bersongkok hitam. Mungkin inilah perasan para penjawat awam pada hari pertama mereka berkhidmat kepada kerajaan Malaysia. Ada suatu perasaan bangga apabila setelah sekian lama berusaha belajar bersungguh-sungguh di ketika di dalam persekolahan sampailah ke alam menara gading, usaha menuntut ilmu dan menggenggam segulung ijazah sebelum ini akhirnya menuai hasil dengan menjawat jawatan sebagai seorang pegawai berkolar putih. Namun pada akhirnya, kepada Allah lah jua kita panjatkan kesyukuran di atas rezeki dan limpah kurnianya ini. Hakikatnya pangkat dan jawatan bukanlah suatu kemegahan melainkan ianya adalah satu amanah dan tanggungjawab. Apatahlagi kerjaya yang saya duduki sekarang ialah sebagai seorang pendidik!. Mendidik anak bangsa Malaysia, generasi baru pemimpin masa hadapan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Epilog
27 haribulan Februari, 2025.
Tika malam dinihari, saya terasa ingin untuk mencatat nama-nama para guru yang sama-sama mengajar di sekolah pertama saya berkhidmat sebagai guru, iaitu Sekolah Kebangsaan Jeram.
Nama pertama yang hadir dalam ingatanku ialah al-fadhil Ustaz Norazmi Maskor. Beliaulah mentor pertamaku di dalam dunia kerjaya pendidik. Beliau seorang yang "happy go lucky", suka membuat lawak jenaka kepada rakan guru yang lain terutamanya guru-guru perempuan.
Insan kedua ialah ustaz Aziz. Beliau pula bagiku seorang murabbi. Segala pertanyaanku berkaitan perihal isu-isu pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dijawabnya dengan penuh nasihat yang berinformatif.
Puan Zarina Tajuddin, Guru Besar SK Jeram. Beliau adalah ketua jabatan pertamaku. Seorang yang tegas dan berwawasan tinggi. Namun demikina ,ada sifat naluri keibuan apabila beliau menasihatiku supaya mencari peluang kerjaya yang lebih baik memandangkan saya memliki segulung ijazah sarjana (master degree) sepertimana yang dinasihati oleh Ustaz Azmi supaya saya juga pergi ke tingkat yang lebih jauh di dalam kerjaya.
Nama-nama guru yang lain ialah,
Cikgu Razib, Cikgu Affendi, Cikgu Suzanna, Cikgu Azirawani, Ustazah Fairuz, Ustazah Norlela, Ustaz Afiq, Sir Vel, Sir Asraf, Cikgu Taufik, Cikgu Salleh, Cikgu Wan, Cikgu Khumaizi, Cikgu Amalina, Cikgu Helina, Cikgu Dzaidatul, Ustazah Murni, Ustazah Saidatul, Ustazah Juhana, Cikgu Azizah, Cikgu Ain, Cikgu Zubaidah, Cikgu Norliza, Teacher Intan, Cikgu Sumarni, Cikgu Nadhrah, bersambung....
Comments
Post a Comment