23 Ramadan 1446H di Masjid Seri Petaling



Meniti malam-malam akhir Ramadan di sekitar Lembah Klang. Seperti kebiasaan sebelum ini, jika sudah memasuki 10 akhir Ramadan, merayau-rayau lah saya di masjid-masjid sekitar Lembah Klang. Almaklumlah, saya dibesarkan di sebuah desa di Terengganu, Kampung Jambu Bongkok, di pinggir Laut China Selatan. Di kampung ini, sesudah selesai solat Tarawih maka pulanglah sekalian jamaah. Maka spirit/zetgeist atau uruf'  untuk melakukan iktikaf di Masjid itu tiada dan tidak menjadi amalan bagi ahli qaryah. Alhamdulillah, sesudah saya bermastautin di Nilai selama 5, tahun, di Kuala Lumpur sekitar 3 tahun dan Klang, suasana untuk beriktikaf di masjid pada malam-malam akhir Ramadan itu ada. Justeru saya mengambil kesempatan untuk melaksanakan Sunnah Akbar ini di masjid-masjid yang ada di sekitar Lembah Klang. 

Tahun ini, 1446H/2025M dapatlah rezeki untuk singgah beriktikaf di Masjid Seri Petaling, masjid yang terkenal dengan jamaah dan gerakan dakwah Tabligh. Saya sudah kesini pada bulan Ramadan yang lalu. Tarawihnya agak panjang. Imam membaca satu juzuk satu malam. Kira-kira menjelang lewat malam baru lah selesai Tarawihnya itu. 


Tahun ini, saya kemari agak lewat. Ketika sampai dan memasuki ke ruang balaisoh masjid, kelihatan masjid sudah bergelap. Solat Tarawih sudah selesai. Ramai kelihatan sudah baring merehatkan badan untuk tidur sebentar sebelum bangkit menunaikan qiyamullail. Namun ada juga kelihatan cahaya malap di depan saf masjid, di mana sebahagian jamaah bertadarrus al-AlQuran. Adakah suasana ahli-ahli suffah beribadah ketika zaman Rasulullah juga begini? MashaAllah.

Apapun, saya menulis ini untuk merakam sejarah bahawa gerakan dan jamaah tabligh marijuana antara satu gerakan dakwah yang bagus di Malaysia. Saya menumpang ibrah daripada jamaah ini. Alhamdulillah.


23 Ramadan 1446H/23 Mac 2025M

Masjid Seri Petaling



Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4