Dakwah Islam kepada Anak-Anak Muridku Non Muslim

    Saya mula-mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor adalah pada tarikh 7 Julai 2025. Terdapat beberapa anak-anak muridku  yang bukan beragama Islam dan mereka berbangsa India. Seingatku, ada 4 orang di Tahun 6. Sekarang 4 Mac 2025, mereka sudah naik ke tingkatan satu di peringkat sekolah menengah. Apa yang ku kesali adalah kurangnya dakwah ku kepada mereka tentang Islam. Antara faktor terbesar sudah pasti akibat kekurangan ilmu dakwah yang tersemat didalam diri. Namun itu sebenarnya tidak harus dijadikan alasan. Bukankah nabi pernah bersabda " ballighuni walau ayaat" . 

    Kini, masih ada lagi beberapa anak-anak muridku yang masih bersekolah di SK Jeram. Antaranya ialah Tan murid Tahun 4 Cemerlang, Preetena (Tahun 3 Bestari), ada seorang murid tahun 2 yang saya lupa namanya. Manakala Mathesh dan Kashwin berada di darjah 5. Bagiku, mereka semua adalah mad'u ku yang Allah takdirkan untuk aku sampaikan risalah dakwah Islam kepada mereka walaupun di peringkat asas-asas Islam sahaja kerana mereka masih kanak-kanak. Selain daripada mereka, yang saya terkenang-kenangkan ialah seorang lagi individu non muslim berbangsa India dan beragama Hindu di sekolah ini, namun kali dia bukanlah seorang muridku, bahkan beliau seorang mentorku di dalam dunia pendidik ini. Beliau ialah Sir Velmurukan. Saya masih belum berkesempatan untuk bersembang dan bercakap-cakap dengan beliau tentang Islam. Mungkin ilmu dakwahku masih belum cukup. Sekali lagi, sabda Rasul junjungan s.a.w yang berbunyi "sampaikanlah pesananku (risalah Islam) walaupun septong ayat!", terngiang-ngiang dan menawarang di sudut ruang fikiranku. 

    Walau bagaimanapun, saya sudah memulakan misi dakwah ini kepada murid-murid ini. Tidaklah terlalu berat topik dan wacana yang saya ajukan kepada mereka. Kebetulan sekarang merupakan hari-hari awal di bulan Ramadan. Tiba-tiba jiwaku penuh bersemangat untuk berkongsi tentang kesucian Islam kepada mereka. Namun, pada akhirnya, hidayah itu bukan milik kita, melainkan ianya milik Allah Rabbul Jalil. 


Kg. Rantau Panjang 

Klang, Selangor

Ramadan 1446H bersamaan Mac 2025

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4