Teks Ucapan Perbahasan Perwakilan Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Saudara Mohd Aiman bin Ngah
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam reformasi. Saudara pengerusi/timbalan tetap. Yang dihormati saudara akmal nasir, ketua angkatan muda keadilan malaysia dan barisan pimpinan amk, para perwakilan dan para pemerhati sekalian. Saya Mohd Aiman bin Ngah, mewakili angkatan muda keadilan terengganu, ingin membahaskan isu dibawah tajuk ‘kenaikan harga barang memberi kesan kepada rakyat, menteri perlu mengambil tanggungjawab’.
berdasarkan jabatan perangkaan malaysia yang direkodkan pada mei 2022, inflasi negara meningkat 2.8% kepada 126.6 berbanding 123.1 pada tahun lepas. Dan dalam rekod ini juga menunjukkan secara jelas sektor utama yang paliing meningkat secara mendadak ialah makanan dan minuman harian.
Dan golongan b40 dan m40 antara yang paling terkesan apabila harga barang meningkat secara mendadak. Ianya ditambah apabila kerajaan mengumumkan untuk menarik subsidi bermula 1 julai yang lalu. Saya sukar untuk memahami apabila kerajaan terus menggunakan alasan kesan yang negara kita alami ini seperti negara lain tanpa mereka menyediakan pelan yang terurus kepada rakyat khususnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ayn Rand seorang american philospher pernah berkata;
If a businessman makes a mistake, he suffers the consequences . If a bureaucrat makes a mistake, you suffer the consequences".
Saudara saudari sekali, saya juga merasakan kerajaan tidak mendengar keluhan rakyat seolah-olah mereka tiada telinga hingga seorang timbalan menteri yang juga menjaga portfolio pertanian dan industri makanan, datuk dr nik mohd zawawi daripada pas dengan mengatakan ‘kenaikan harga barang tak sepatutnya jadi masalah besar’. Bagaimana seorang pemimpin boleh menyatakan sebegini rupa sedangkan rakyat melalui saat yang sangat sukar sehingga berlaku kejadian seperti bunuh diri dan sebagainya kerana tidak tahan untuk melalui saat-saat yang sukar.
Bak kata pepatah Terengganu " Berat Nanang! , Jeng Kereng!"
Kos sara hidup rakyat yang terus meningkat seolah-olah kerajaan tidak mampu mengawal dan melakukan tindakan dangkal menubuhkan jawatankusa jihad tangani inflasi. Adakah itu penyelasaian kepada masalah yang kita hadapi? Berapa puluh jawatankuasa sudah ditubuhkan. Adakah melantik menteri dan timbalan menteri berpuluh masih belum cukup?
Saya ingin menyebutkan sepotong hadis yang berkait dengan pertanggungjawapan dan amanah seorang pemimpin;
كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته
Setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kalian; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya." ( Hadis Riwayat al-Bukhari)
Oleh yang demikian , jika pemimpin merasakan mereka tidak mampu menggalas jawatan, letak jawatan sahajalah. Gaji yang kalian nikmati itu hasil duit negara dan duit rakyat.
Akhirnya, saya berharap pimpinan Keadilan yang baharu terutama angkatan muda keadilan terus memberi tekanan kepada kerajaan tentang kos sara hidup rakyat. Terus menjadi pembela nsib rakyat rakyat marhaen.
Saya akhiri perbahasan saya kepada sahabat-sahabat angkatan muda keadilan dengan satu ungkapan pujangga dari seorang ulama agung nusantara , al-marhum buya Hamka;
"Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah dibuat berjuang. Kalau perahunya telah dikayuh ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskipun bagaimana besarnya gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.
Sekian wabillahitaufik wahidayah, assalamualaikum w.b.t
Reformasi!
24 Jun 2022
Kongres AMK, PICC Shah Alam
Comments
Post a Comment