Ujian Hidup

Membaca ujian saudara ini mengenangkan saya apa yang dihadapi tahun lalu. Berkebetulan berlaku di bulan Ramadan juga. 

Pengalaman saya selaku OKU yang bergraduan ijazah turut menghadapi liku-liku yang berselirat juga untuk memasuki dunia penjawat awam. 

Tapi ujian saudara ini didalam bidang kesihatan awam/ KKM. Saya pula di bidang pendidikan/(KPM).

Februari 2024, setelah mendapat surat tawaran PPP, bukan main girang hati lalu berkongsi khabar gembira ini kepada isteri Nur Jannah , ayah bonda dan keluarga. Tapi menjelang raya, kawan-kawan sepengajian sudah mendapat tawaran penempatan. Pun begitu, namaku tidak tertera di dalam website penempatan itu. 

Lidah terkelu, hati terkedu....

Terus menjelma lintasan syaitan yang sangat jahat....

 "Itulah kau Aiman. belajar tinggi², berintelektual sana sini, berpetatah-petitih, beradat tinggi, berugama soleh, akan tetapi  kau dilahirkan begitu, kau tetap tidak layak untuk memegang jawatan seorang pegawai berkolar putih, tidak layak kau digelar sebagai budiman birokrat kerajaan Persekutuan Malaysia "the government of the day". 

"Walau setinggi mana menara gading yang kau daki, seberapa banyak gulung ijazah yang kau miliki , secerdas mana wacana intelektual yang kau bahaskan, seaktif mana kau dalam kesatuan reformasi yang kau sertai, setaksub mana  gegak gempita reformasi yang sudah kau laungkan. 

Tapi kau tidak layak Aiman, sebab kau dilahir cacat ! berpenyakit!."

Pekeliling-pekeliling dan aturan-aturan birokrasi mengatakan "anda tidak layak"  jika kau seorang OKU, berpenyakit !"

Astagfirullah..Belitan talbis iblis yang datang ini bukan sedetik, tetapi berbulan purnama..

Hampir terjemus aku lembah dosa Husnzhon. Buruk sangka kepada Pencipta Rabbul Jalil!

 Yalah, kawan-kawan sudahpun berkhidmat seluruh pelusuk Malaysia. Aku masih disini. Masih sebagai seorang driver e-hailing ketika itu, untuk menyara rumah tangga kecil yang dibina. 

Astagfirullah!

Namun demikian, Rahmat Tuhan terlalu luas, KasihNya kepada hamba ini tidak terbatas.

Didorongnya hati ini mencari "hikmah" di lorong-lorong hati yang penuh kekusutan dan kekecewaan hidup ini. Diilhamnya aku membaca karya-karya Al-marhum Buya Hamka bertajuk Falsafah Hidup dan Tasawuf dan Tafsir Al-Azhar. Disinilah aku bertemu pedoman hikmah. Kisah ujian para nabi para rasul ulul azmi. 

Di dalam buku Tasawuf Moden, Buya Hamka menceritakan beliau jugak dirasuk setan apabila diherdik dihina di soal siat oleh birokrat Tentera Sokarno. Hampir runtuh iman didada Hamka terdetik dalam hati buya 
"Bukankah aku ini seorang Ulama? Kenapa aku diherdik dihina dan mahu dipenjara ?..." Sedetik kemudian beliau mengucapkan "astagfirullah"..apa yang aku lintaskan dalam hati ini" ...And the rest is history..

Alarhum berjaya menyiapkan adikarya magnum opus nya , Tafsir Al Azhar ketika meringku di penjara selama 2 tahun kurang lebih. 

Panjang pendek untuk diceritakan, alhamdulillah setelah 4 bulan terlewat dari penempatan pertama, Datang lah khabar berita gembira dari Tuhan. Berita gembira yang tidak disangka-sangka.

Layak jugak aku menjawat jawatan yang dipinta itu. Alhamdulillah.....

"Berbaju berkolar putih jua lah aku selayaknya. Layak jugalah aku menyanyikan lagu "kami guru Malaysia..beirkrar dan berjanji..." di hari pertama sebagai seorang guru. 

Ada apa pada jawatan dan kerjaya? Wallahu a"lam. Melainkan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa itulah yang lebih mustahak untuk difikirkan. 

Buat saudara ini, terus berjuang! Bak kata Arwah Pyanhabib.."Brader kita mesti terus hidup..!"

Di bulan yang mulia ini, saya mendoakan saudara berjaya dengan cita-cita yang diidam-diidamkan. 

Hadis nabi ; من ستر مسلماً، ستر اللّه في الدنى والأخرة.
"Siapa yang doakan saudara muslimnya, Allah tutup aibnya dunia akhirat"..

https://www.facebook.com/share/p/1EF8owXLNQ/

Fi hifzillah...

Comments

Popular posts from this blog

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

Sederhana Dalam Hidup

Kenang-Kenangan di Ranah Minang Part 4