Posts

Showing posts from March, 2025

23 Ramadan 1446H (Part 2)

Image
 23 Ramadan 1446H/23 Mac 2025M Menumpang istifadah daripada Jamaah ini.   Antara istilah² yang baru belajar ;"Karkun", " bayan", "tasykil". Kene bertaa'ruf ni di bawah bimbingan Maulana Nik Aziz Afiq  al-Sosialis.

23 Ramadan 1446H di Masjid Seri Petaling

Image
Meniti malam-malam akhir Ramadan di sekitar Lembah Klang. Seperti kebiasaan sebelum ini, jika sudah memasuki 10 akhir Ramadan, merayau-rayau lah saya di masjid-masjid sekitar Lembah Klang. Almaklumlah, saya dibesarkan di sebuah desa di Terengganu, Kampung Jambu Bongkok, di pinggir Laut China Selatan. Di kampung ini, sesudah selesai solat Tarawih maka pulanglah sekalian jamaah. Maka spirit/zetgeist atau uruf'  untuk melakukan iktikaf di Masjid itu tiada dan tidak menjadi amalan bagi ahli qaryah. Alhamdulillah, sesudah saya bermastautin di Nilai selama 5, tahun, di Kuala Lumpur sekitar 3 tahun dan Klang, suasana untuk beriktikaf di masjid pada malam-malam akhir Ramadan itu ada. Justeru saya mengambil kesempatan untuk melaksanakan Sunnah Akbar ini di masjid-masjid yang ada di sekitar Lembah Klang.  Tahun ini, 1446H/2025M dapatlah rezeki untuk singgah beriktikaf di Masjid Seri Petaling, masjid yang terkenal dengan jamaah dan gerakan dakwah Tabligh. Saya sudah kesini pada bulan Ram...

Ujian Hidup

Membaca ujian saudara ini mengenangkan saya apa yang dihadapi tahun lalu. Berkebetulan berlaku di bulan Ramadan juga.  Pengalaman saya selaku OKU yang bergraduan ijazah turut menghadapi liku-liku yang berselirat juga untuk memasuki dunia penjawat awam.  Tapi ujian saudara ini didalam bidang kesihatan awam/ KKM. Saya pula di bidang pendidikan/(KPM). Februari 2024, setelah mendapat surat tawaran PPP, bukan main girang hati lalu berkongsi khabar gembira ini kepada isteri Nur Jannah , ayah bonda dan keluarga. Tapi menjelang raya, kawan-kawan sepengajian sudah mendapat tawaran penempatan. Pun begitu, namaku tidak tertera di dalam website penempatan itu.  Lidah terkelu, hati terkedu.... Terus menjelma lintasan syaitan yang sangat jahat....  "Itulah kau Aiman. belajar tinggi², berintelektual sana sini, berpetatah-petitih, beradat tinggi, berugama soleh, akan tetapi  kau dilahirkan begitu, kau tetap tidak layak untuk memegang jawatan seorang pegawai berkolar putih, tida...

Teks Ucapan Perbahasan Perwakilan Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Saudara Mohd Aiman bin Ngah

 Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam reformasi. Saudara pengerusi/timbalan tetap. Yang dihormati saudara akmal nasir, ketua angkatan muda keadilan malaysia dan barisan pimpinan amk, para perwakilan dan para pemerhati sekalian. Saya Mohd Aiman bin Ngah, mewakili angkatan muda keadilan terengganu,  ingin membahaskan isu dibawah tajuk ‘kenaikan harga barang memberi kesan kepada rakyat,  menteri perlu mengambil tanggungjawab’. berdasarkan jabatan perangkaan malaysia yang direkodkan pada mei 2022, inflasi negara meningkat 2.8% kepada 126.6 berbanding 123.1 pada tahun lepas. Dan dalam rekod ini juga menunjukkan secara jelas sektor utama yang paliing meningkat secara mendadak ialah makanan dan minuman harian. Dan golongan b40 dan m40 antara yang paling terkesan apabila harga barang meningkat secara mendadak. Ianya ditambah apabila kerajaan mengumumkan untuk menarik subsidi bermula 1 julai yang lalu. Saya sukar untuk memahami apabila kerajaan terus menggunakan ala...

Iftor Angkatan Muda Keadilan Ramadan 1446 H

  Malam ini berkesempatan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Angkatan Muda Keadilan.Bersua muka dengan sahabat seangkatan daripada Terengganu, saudara Fadhly, Haikal, Amira, Ihsan, Faizal dan Danial. Turut bertemu dengan komrad seangkatan yang lain seperti Ketua JPPA, Ustaz Ashraf Hadi dan Ketua AMK Pahang , saudara Saifullah.  Malam itu, merakam sejarah pra-transisi calon kepimpinan baru iaitu Kamil Munim. Beliau menyampaikan pidato permulaan dengan baik. Dengan konteks Ramadan, Quran, islah dan perjuangan, beliau menekankan bahawa gerakan Angkatan Muda Keadilan pada ketika ini bukan lagi sekadar satu sayap parti yang hanya berada di pinggir ranah demokrasi Malaysia, ketimbang menjadi sayap kepada sebuah parti dimana presidennya sedang menerajui kepimpinan negara.  Beliau mengumumkan akan bertanding sebagai bakal ketua Angkatan yang baru . Semoga dapat membawa perubahan  yang lebih baik kepada wadah perjuangan ini. Selain itu,Saudara Adam ...

Dakwah Islam kepada Anak-Anak Muridku Non Muslim

     Saya mula-mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor adalah pada tarikh 7 Julai 2025. Terdapat beberapa anak-anak muridku  yang bukan beragama Islam dan mereka berbangsa India. Seingatku, ada 4 orang di Tahun 6. Sekarang 4 Mac 2025, mereka sudah naik ke tingkatan satu di peringkat sekolah menengah. Apa yang ku kesali adalah kurangnya dakwah ku kepada mereka tentang Islam. Antara faktor terbesar sudah pasti akibat kekurangan ilmu dakwah yang tersemat didalam diri. Namun itu sebenarnya tidak harus dijadikan alasan. Bukankah nabi pernah bersabda " ballighuni walau ayaat " .      Kini, masih ada lagi beberapa anak-anak muridku yang masih bersekolah di SK Jeram. Antaranya ialah Tan murid Tahun 4 Cemerlang, Preetena (Tahun 3 Bestari), ada seorang murid tahun 2 yang saya lupa namanya. Manakala Mathesh dan Kashwin berada di darjah 5. Bagiku, mereka semua adalah mad'u ku yang Allah takdirkan untuk aku sampaikan risalah dakwah Islam kepada me...

Mutiara Kata

 Indahnya pohon merimbun taman Redupnya alam di pagi hari Dunia ini hanya pinjaman Akhirat jua kekal abadi Surau Rahman, Klang 1 Ramadan 2/3/2025