Posts

Showing posts from May, 2024

Tasawuf Kosmopolitan ( 2)

Tujuan Ilmu dan Hakikat Kehidupan  Adapun fasal tujuan hendak pandai, hendak membaiki sifat-sifat diri yang kekurangan, hati, fikiran, pengetahuan dan sebagainya tidaklah disebut-sebut, kerana bukan itu yang dikehendaki! Melainkan yang diangan-angan dan dicita-cita hanya kerja baik, gaji besar, senang hidup sahaja! Pahadal ilmu pengetahuan tidaklah sekali-kali patut dipandang tujuannya kepada pangkat, gaji dan keuntungan diri. Yang demikian itulah jalan fikiran orang Barat yang disebut mereka "hedonism" dan "utilitarianism", yakni apa-apa perbuatan pun mestilah ditimbang daripada gunanya, faedahnya dan nikmatnya kepada diri sendiri, istimewa faedah kebendaan dan keduniaan daripadanya.  Adapun falsafah Timur dan Islam tidak begitu, melainkan selalu menuju kepada tujuan faedah yang lebih halus, lebih tinggi dan lebih luas. Umpamanya, belajar dan menuntut ilmu ialah supaya jadi pandai, bijak, berguna kepada manusia dan kepada dunia ; supaya membaiki pihak hati, otak fi...

12 Disember 2023, Petaling Jaya

 12 Disember 2023 ,PetalingJaya Aku membaca  buku bertajuk Anekdot Jalanan karangan Hj. Zainal Rashid Abidin. Pengalaman-pengalaman panjang  beliau menjadi anak rantau di Kuala Lumpur. Cerita-cerita tentang apa yang beliau lalui sepanjang 30 tahun lebih di kota kosmopolitan itu

Wacana Politikal Islam (4)

 Anjuran agar memaksa orang berpegang dengan satu pendapat sahaja adalah perkara yang luar dari lumrah kehidupan manusia. Orang salafiyyah tidak boleh paksa orang Asyairah untuk tinggalkan asyairah; dan orang asyairah tidak boleh paksa orang salafiyyah tinggal pandangan mereka. perbezaan itu, perlu diatasi dengan mendamaikan, bukan dengan pemaksaan.  Apatah lagi, kekhilafan ini berlaku ekoran manhaj dan kaedah istinbat dari sumber nas al-Quran dan hadis. Terutama sekali, kekhilafan itu sebenarnya sudah berlaku sejak dari zaman Nabi saw lagi. untuk mendamaikan perbezaan itu, ia perlu kepada dua: a. Ilmu. b. Sikap. bagi kalangan orang berilmu, kekhilafan dihadapi dengan pemaksaan kerana mereka punyai SIKAP yang tidak lurus terhadap perbezaan. bagi orang awam yang tidak punyai kedalaman ilmu, mereka punyai SIKAP yang tidak baik, jika; a. Sikap merasakan diri lebih pandai tanpa sedar diri tahap kemampuan ilmu. b. Sikap taasub terhadap kelompok dan geng sendiri. berkenaan ilmu, ia ...

Wacana Politikal Islam (3)

 Yang saya fikir, masalah besar dalam wacana agama di Malaysia; A. Orang yang tidak berkeahlian turut sama masuk dalam debat yang mereka tidak kuasai tradisi tersebut, malah mereka memberikan komentar agama yang ghuluw serta mereka lebih berpengaruh dalam kalangan awam. B. Budaya troll dan menganjing terhadap pihak yang tidak sependapat. C. Para agamawan gagal diukhuwahkan dalam satu bumbung. Masing-masing dengan group masing-masing yang membawa sentimen group masing-masing. D. Sikap agamawan dalam hadapi perbezaan sudah seperti perbezaan dalam kalangan ahli politik; semua pihak mahu menang, seperti ahli politik mahu menang dalam pilihanraya.  Itulah problem statement dalam pendapat saya.  Untuk atasi perkara ini, saya ada pendapat saya sendiri. Tp, saya akan coret waktu lain sebab sekarang saya nak solat asar.

Wacana Politikal Islam (2)

 lazimnya, orang yang ada fikrah islamiyyin dalam maksud gerakan Islam, mereka tidak berpolemik dalam isu khilafiyyah fiqh dan aqidah. Soal asya'irah - Salafiyyah - Maturidiyyah dalam wacana aqidah, Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali dalam wacana fiqh; semua itu dapat didamaikan dan mereka tidak berpolemik dalam hal itu. malah, mereka tidak berpolemik sangat juga dalam isu syiah dan muktazilah. maksud dengan islamiyyin dalam maksud gerakan Islam (al-harakah al-Islamiyyah) adalah kalangan yang wacana mereka terpengaruh dengan pemikiran Hasan al-Banna dan seangkatan dengannya. namun, mereka boleh terjebak pula kepada wacana - wacana kenegaraan; apakah ia islamik atau tidak. Dengan itu, mereka berpolemik terhadap sekular, negara yang tidak ada hukum hudud. Memandangkan mereka anggap besar berkenaan wacanaa kenegaraan itu, menjadikan mereka menganggap wacana khilafiyyah fiqh dan aqidah sebagai isu kecil.   Bagi kalangan yang terjebak dengan wacana khilafiyah fiqh dan a...

Wacana Politikal Islam (1)

 islamisme - muslim demokrat. Dari sudut sejarah pemikiran gerakan islam, ia bermula dari kejatuhan osmaniyyah, turki tahun 1924. pada tahun 1928, hasan al-banna yang ketika itu berumur awal 20an menubuhkan Ikhwan Muslimun. Pemikiran Hasan al-Banna yang terpengaruh dengan pemikiran Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Jamaluddin al-Afghani membawa pemikiran melawan penjajah, sedangkan Abduh pula mengemukakan konsep melawan penjajah dengan persaingan pemikiran.  pada Abduh, al-Quran adalah modul terbaik dalam menandingi tamadun barat, tetapi pentafsiran al-Quran tidak boleh terikat sangat dengan pentafsiran golongan terdahulu. Umat Islam perlu berani kemukakan ijtihad- ijtihad baru. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan peradaban - tamadun. pemikiran hasan al-Banna itu tidak lain bahawa keperluan kerajaan dan negara yang berasaskan kepada Islam. pemikiran ini berkembang melalui beberapa tokoh. Maududi antara yang terpengaruh tp dalam bentuk sedikit berbeza dengan Hasan al-Banna. Semu...

Kenang-Kenanganku di Hari Raya

  Fajar menyinsing di pagi Syawal Ibuku sudah sibuk di dapur memasak Buat santapan di pagi hari Ayahku sedang bersiap untuk ke masjid, Memimpin para makmum , menunaikan solat aidilfitri. Seusai solat, kami sekeluarga bersalam dan bermaaf-maafan. Mengujungi jiran dan sanak-saudara. Di tepian pantai, air nan biru yang damai sekali, Kami mengambil gambar bersama, buat kenang-kenangan yang abadi. Khamis 24 Mei 2024, 11 malam. Lebuhraya Utara-Selatan

Sajak Kampungku

  Aduhai Kampungku, Cintaku terhadap mu teramatlah tinggi Di sinilah tanah tumpah darahku Mula bertatih, merangkak, berjalan, menggendera basikal, jatuh bergolek, bangkit lagi. Aduhai kampungku, S aat remaja ,diriku mulai bergejolak. Seakan-akan ingin cepat melangkah meninggalkanmu. Bukanlah aku tak sudi membalas budi, menjalani kehidupan bersamamu. Melainkan hanyalah jiwa seorang anak muda yang ingin meneroka dan mengembara. Aduhai kampungku, Saat diri mulai mendewasa, aku mula menjauh darimu. Suka benar diriku merantau di negeri orang. Tidak kira jauh mahupun dekat. Namun pergilah sejauh mana diriku, terasa syahdu diri mengenang mu, kampung halamanku. Aduhai kampungku. 26 Julai 2023 Diponegoro, Sumatera Barat Indonesia

Tasawuf Kosmopolitan (1)

Bab Bahagia Ada sebahagian orang berfikir,  bahawa dengan mengejar pangkat, kerjaya, harta-benda, beranak-pinak, bercucu-bercicit  itulah hakikat kebahagian. Tidak. Itu barangkali boleh jadi, tapi belum tentu. Hakikat kebahagiaan adalah iman yang benar , akal fikir yang damai , hati nurani yang salim, qanaah dengan apa yang ada , nikmat yang datang disyukuri, sabar dengan ujian yang mendatang serta redha kepada Allah dalam setiap detik pelayaran kehidupan kita.